6878

Scam marketing plan

Dalam post ni saya akan ceritakan kepada anda bagaimana aliran duit dalam NexusFX ni yang memang scam.. Sebelum tu saya nak tunjukkan kepada anda platform baru MooresCapital pun scam.

Fahamkan perbualan di bawah ;)



 Satu satu program adalah scam kalau bergantung kepada kemasukan ahli. Tak ada produk, tak ada company... Duit bercambah hasil daripada kemasukan ahli.

Dibawah page akaun log in untuk ahli
Link my.moorescapital.com


 Tapi bila klik dekat perkataan MooresCapital tu, dia bawa ke link di bawah
https://www.my.moorescapital.com/index2.html
(Waktu post ni ditulis la)

Kemudian saya taip alamat https://moorescapital.com
Rasanya 'Page Not Found' tu dia nak link kan dengan link yang ini, tapi tersalah tulis alamat.

Mulanya saya ingat yang web https://moorescapital.com tu web yang betul la company Moores yang punya, cuba nak contact company tu... Eh, email tak dapat di hantar,


 Lagi la bertambah pelik.. Cek lagi sekali web tu, banyak lagi link belum aktif, Link sosial media, link 'Join Now' semua belum aktif. Mana nak aktifnya, web tengah dihasilkan oleh scamer scamer tu la.. Adoii..

Tak puas hati lagi, cek pula dekat ScamAdviser.com untuk cek web tersebut. Ni hasil yang sya dapat


Laman web boleh beli.. Ayat ayat boleh reka sendiri, google je, gambar gambar rembat je lah kat mana mana... Siap..

*******************************************

Nak buat program Scam? Meh saya ajar... Kita buat program nama dia PutaqAlamFx
Macam mana?

Saya MIB. Anda IB... Bila ada orang nak join, orang tu akan bagi duit tunai contoh RM380 untuk USD100 (rate 3.8) kepada anda, anda pula bagi RM380 tu kepada saya sebab saya MIB, saya bagi pin kat anda untuk aktifkan akaun ahli baru tu.... Ok, dah sbulan contohnya, ahli tu nak withdraw, dia pindahkan E-Wallet dia kat anda, kemudian anda pindahkan kat saya dan saya bagi duit cash. Tapi saya bagi pada rate 3.0. Anda nak withdraw USD100 misalnya. patut dapat RM380, tapi dapat RM300 je... RM80 saya punya, Anda dapat apa? Anda dapat 10% kononnya cas pengeluaran. 10% dari RM380...RM38....

Amacam?? Boleh? Haaaa.... macam tulah duit dirolling rolling di putaq putaq yang kononnya di trade oleh company... Kononnyaaa... Tu baru ada sorang IB, sorang ahli. Kalau dah ada 50 IB, 50,000 ahli. Berapa banyak tu. Cukup time...cabut la.

***************************************************

Pening???
Selagi tak terkena, kita tak tahu.. Tapi bila dah terkena, belajar lah dari situ....

Pengalaman adalah guru yang terbaik

****************************************************

UPDATE 20 MEI 2016

 

Penafian

Blog ini bukan bertujuan untuk menggalakkan anda menyertai program program pelaburan online di internet masa kini. Sebaliknya membantu anda bagaimana untuk tidak menjadi mangsa kepada penipuan program program pelaburan online masa kini sekaligus mendapat apa yang sepatutnya menjadi milik anda.