89789

Kisah NexusFX

Sewaktu saya menyertai NexusFX, mungkin ilmu pelaburan online saya waktu itu belum cukup membuatkan saya terlalu yakin dengan program tersebut yang akhirnya ternyata scam. Tetapi dari program tersebut, saya mendapat satu ilmu baru yang akan saya kongsikan kepada anda. Ilmu ini sangat berharga pada saya mungkin juga pada anda. Moga bermanfaat.

*******************************************

(SILA BACA PERLAHAN LAHAN KERANA JALAN CERITA NYA SANGAT PANJANG DAN ANDA MUNGKIN AKAN PENING!!)


Jika anda follow email saya sebelum ini dalam email bersiri NexusFX, mungkin akan ada yang perasan yang saya pernah memberikan downline saya kepada ahli ahli saya yang lain.... Supaya downline downline saya turut merasa komisyen di dalam program NexusFX ketika itu.... Boleh lihat di blog NexusFX saya yang dulu yang masih belum saya padam.

Pada waktu itu saya belum sedar bahawa NexusFX ini satu program scam. Beranggapan memang betullah NexusFX ni menjalankan program Fund Manager daripada company Forex di UK. Dan saya pun mempromosikan program ini.

Pada waktu mula mula wujud program ni, sistem dia saya lihat ok walaupun ada sedikit penindasan di dalam sistem plan dia... plan dia saya akan cerita kemudian. Pada waktu itu juga sistem pengeluaran belum berubah yang mana ahli boleh membuat pengeluaran SETIAP HARI dengan syarat minima amaun adalah USD100.

Tiada masalah waktu tersebut.... Saya masih meneruskan promosi memperkenalkan program ini kepada rakan rakan... Kemudian tidak berapa lama, selepas ada beberapa IB yang dikatakan bermasalah dan tidak dapat membuat pembayaran, NexusFX tukar sistem E-Wallet yang mana bila seseorang itu menaja, bonus dia akan dimasukkan 70% ke wallet A dan 30% ke wallet P.

Apa kesan dari perubahan ini??
Yang pertama 30% wallet P tu HANGUS! BURN! Memang tak boleh dikeluarkan sampai bila bila!
Yang wallet A tu pula tak boleh nak withdraw. Kalau nak bonus dari wallet A tu, kena taja orang kedua dan seterusnya yang mana duit orang yang baru nak join tu ditukar dengan wallet kita. Makna kata disini... Saya ambil duit cash ahli baru tu masuk poket saya, dan saya aktifkan akaun ahli baru tu menggunakan wallet A saya.

Dsini saya dah tak berapa berkenan dengan NexusFX. Dah ada PENINDASAN. plan baru ni kalau ahli tu memang kaw kaw aktif menaja sehari boleh dapat 10 orang ok la. Kalau sebulan sekali nak dapat downline pun payah.. Bila nak merasa bonus aktif tu!!! Waktu ni saya dah mula slow promosi..

Kemudian mereka tukar sistem pengeluaran pula!! Waktu ni saya dah PANAS dan STOP PROMOSI TERUS! Kalau ada yang tanya saya pasal NexusFX, saya jawab pun mau ngan tak mau jer, sebab dah serba salah. Tukar sistem yang macam mana?
Kalau dulu boleh withdraw hari hari. Ok tak ada masalah.. Ahli aktif ke pasif ke tiada masalah... Tapi diorang tukar dari boleh Withdraw hari  hari kepada boleh withdraw hanya 2 kali sahaja sebulan iaitu pada 15 dan 30 haribulan setiap bulan. Kalau akaun dah Expired, nak withdraw kena renew!
Kenapa saya marah bila sistem pengeluaran ni di tukar???

Saya bagi contoh.. katala akaun downline saya akan tamat pada 29 januari 2016.. Bermakna 30 Januari dia dah tak boleh withdraw sebab akaun dah tamat. Jadi kena withdraw pada 15 jan 2016.
16 jan 2016 hingga 29 jan 2016 tu masih ada profit yang masuk. Tapi nak withdraw tak boleh sebab tak sempat sampai 30 Jan 2016... Nak withdraw balance tu kena renew. Kalau amaun tu sikit ok la.. Pejam mata je la kalau sanggup. Kalau ada USD300 dalam tu... Nak pejam mata?? Mau tak mau memang kena renew. Kena keluarkan lagi modal. Nampak? DIORANG BUAT SISTEM PAKSA ORANG RENEW!! Sebab tu diorang tukar sistem Withdraw. Sangat tak adil lah disini. Tak boleh la buat macam tu. Mana boleh hold duit orang. Tak kira la akaun dah expired atau apa, dah habis kontract, ahli tu nak withdraw, lepaskan je lah, tu dah duit ahli tu.
Bila buat macam ni, nampak sangat mempermainkan ahli.

Disebabkan kes ni, 2 3 orang downline saya tinggalkan akaun diorang macam tu sahaja tak keluarkan duit pun dalam wallet diorang. Sebab apa?? Diorang kecewa. Nak withdraw, kena keluarkan modal lagi. PENINDASAN YANG SANGAT TERANG!!!

Saya stop dalam NexusFX sebelum NexusFX ada masalah sedangkan saya boleh promote program tu waktu tu. Dapat duit dari ahli tu, dah la, lepas la bala saya.. Tapi saya bukan macam tu.. Tak sanggup rasanya dah tahu jalan cerita nak ajak lagi orang join. Orang join sebab nak buat duit, kena bala pula kot atas.. Kalau tak ada penindasan dan saya tahu benda tu money game, bagi saya ok lagi.
Tapi bila ada penindasan saya dah tak berminat.

Sekarang ni saya just support downline saya sahaja supaya diorang dapat duit diorang sebab kami under KingMoney, dia buka platform baru, MooresCapital.. Kononnya nak tolong ahli yang dari NexusFX dulu.. Padahal platform MooresCapital yang baru ni pun SCAM! Klik link di bawah kalau tak percaya dan saya akan ceritakan modus operandi program ni.
MooresCapital 

UPDATE 20 MEI 2016



 

Penafian

Blog ini bukan bertujuan untuk menggalakkan anda menyertai program program pelaburan online di internet masa kini. Sebaliknya membantu anda bagaimana untuk tidak menjadi mangsa kepada penipuan program program pelaburan online masa kini sekaligus mendapat apa yang sepatutnya menjadi milik anda.